KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.
“Seri Paduka berdua menasihati rakyat dalam meraikan hari yang bermakna ini mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan berdisplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu hantaran Facebook Istana Negara.