Adakah sokongan bersyarat ugutan terhadap PM? - Ahmad - Utusan Malaysia

Adakah sokongan bersyarat ugutan terhadap PM? – Ahmad

WAN SAIFUL WAN JAN dan AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tampil mempersoalkan niat di sebalik kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung sokongan bersyarat partinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengakui keliru dengan maksud sokongan bersyarat yang dinyatakan Wan Saiful, malah menganggapnya sebagai satu ugutan.

“Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu… jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful apa dia sokongan bersyarat itu?

“Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini.

“Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga Pas dan Bersatu mungkin itu antara syarat-syarat,” katanya seperti dilaporkan UMNO Online.

Beliau juga mengingatkan Pas dan Bersatu supaya tidak mempertikaikan keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ditegur kenapa tidak berbincang untuk mengadakan PRN ini, tapi saya kira beliau mempunyai kaedah tertentu untuk memikirkan yang baik untuk negeri dan tentunya perkenan Sultan Johor itu telah pun diperoleh.

“Oleh kerana perkenan telah diperoleh, saya ingin nasihatkan PPBM (Bersatu) , Pas dan lain-lain jangan hendak mempertikaikan PRN ini

“Tentunya telah difikirkan semasak-masaknya untuk mendapatkan kestabilan pemerintahan di negeri Johor ini adalah nombor satu iaitu bagi memastikan kemakmuran rakyat,” ujar beliau.

Semalam, Wan Saiful mengingatkan UMNO bahawa sokongan Bersatu terhadap Ismail Sabri adalah bersyarat, malah katanya, pihak yang mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri ialah Bersatu dan bukannya UMNO.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya