Ada yang perlu ditanggung dan dilunaskan - Azhan Rani - Utusan Malaysia

Ada yang perlu ditanggung dan dilunaskan – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Azhan Rani, 45, memaklumkan dirinya kini beransur sembuh selepas terlibat dalam satu kemalangan bulan lalu.

Dalam perkongsian hantaran yang dimuat naik, dia berharap untuk kuat berdepan dengan ujian dan dugaan yang menimpa ketika ini.

“Harap ini akan menjelaskan keadaan sebenar. Insya-Allah saya sedang beransur sembuh walaupun tak secergas dulu dan masih dalam mode robocop.

“Nak ikut pesan doktor rehat lama-lama dengan nanti nak mengadap bank yang terpaksa kejar setiap hari pun dilema juga. Ada yang perlu ditanggung, ada yang perlu dilunaskan. Hidup mesti diteruskan kaedahnya.

“Jadi, sebelum banyak drama belakang tabir Insya-Allah saya akan kuat untuk hadapi semua ini. Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan saya,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon yang popular dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, berterima kasih kepada khalayak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

Difahamkan ketika ini, Azhan yang cedera bahu dan tulang rusuk akibat kemalangan itu, sedang menjalani penggambaran yang mana diberikan watak cameo.

Sebagai informasi, pada 16 Januari lalu, Azhan terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal lain yang bertembung dengannya ketika melalui Jalan Templer, Rawang.

Serentak dengan perkongsian itu, pengikut dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan melayangkan kata-kata semangat.

“Bertabahlah sahabatku. Ada nikmat yang lebih dari itu yang kita tak sangka-sangka. Maka bersabarlah redalah dengan segala yang berlaku, Insya-Allah sahabatku,” komen pelakon Ashraf Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN