RUU Pembaharuan Bandar: Pahang mahu sesi libat urus menyeluruh 

RUU Pembaharuan Bandar: Pahang mahu sesi libat urus menyeluruh 

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 dilihat sebagai ruang penting untuk Kerajaan Negeri Pahang memberi pandangan secara menyeluruh melalui sesi libat urus bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak-pihak berkepentingan lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan menangguhkan pembentangan RUU terbabit.

Katanya, langkah itu wajar kerana ia membolehkan pelbagai kebimbangan masyarakat terhadap cadangan RUU berkenaan diperjelas dan diambil kira sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang memainkan peranan meyakinkan Kerajaan Persekutuan dan KPKT agar sesi perbincangan dilanjutkan.

“UMNO berpendirian tegas bahawa kedudukan orang Melayu di bandar mesti terus dilindungi,” katanya selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM dan STAM 2025 di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini. 

Menurut Wan Rosdy, walaupun perlindungan itu menjadi keutamaan, masyarakat Melayu juga wajar menikmati peningkatan kualiti hidup dengan peluang memiliki kediaman yang lebih selesa, tersusun dan bersih.

“Adalah tidak wajar jika golongan tersebut terus terikat dengan kediaman flat lama yang sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial. Sehubungan itu, rang undang-undang baharu yang akan digubal kelak perlu mengambil kira keseimbangan kedua-dua kepentingan, iaitu melindungi kedudukan orang Melayu di bandar, selain memastikan kesejahteraan hidup mereka terjamin,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN