Zaidi Johari dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu

Zaidi Johari dilantik SUK Melaka baharu

ZAIDI Johari mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di Bilik MMKN, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Pegawai Kewangan negeri, Datuk Zaidi Johari dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Ts. Kamel Mohamad yang telah memegang jawatan berkenaan sejak Ogos 2021.

Terdahulu, Zaidi mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Bilik Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Sementara itu, Sulaiman berkata, beliau mengucapkan tahniah dan berharap Zaidi akan memberikan khidmat terbaik kepada kerajaan negeri dan rakyat Melaka. 

“Sekali lagi, tahniah kepada YB (Yang Berhormat) Datuk Zaidi. Selamat menabur khidmat bakti kepada kerajaan negeri Melaka dan rakyat negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya