Warisan sambar tiga bekas pemimpin DAP - Utusan Malaysia

Warisan sambar tiga bekas pemimpin DAP

MOHD. Shafie Apdal (tiga kiri) bersama Danny Law (kiri), Jeff Ooi (empat kanan) dan Bryan Lai (dua kanan) semasa majlis makan malam Warisan di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kehadiran tiga bekas pemimpin DAP dalam majlis makan malam Parti Warisan (Warisan) menjawab segala teka-teki mengenai nama-nama penting yang menyertai Warisan di Semenanjung.

Tiga bekas pemimpin itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Selangor, Bryan Lai Wai Chong; bekas Ahli Parlimen Jelutong, Pulau Pinang, Jeff Ooi Chuan Aun dan bekas ADUN Batu Lanchang, Datuk Danny Law Heng Kiang.

Turut dilihat hadir dalam majlis berkenaan ialah bekas Ahli Jawatankuasa Kerja MIC, Sunther Subramaniam dan bekas ADUN Kukup, Johor, Suhaimi Salleh.

Kelima-lima mereka mengumumkan telah menyertai Warisan secara rasmi.

Bryan berkata, beliau memutuskan menyertai Warisan pada Jumaat selepas berbincang dengan Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong. 

“Pasukan saya di Ampang Selangor kata, kalau saya tidak masuk Warisan macam mana mahu guna logo Warisan jadi, saya putuskan menyertai Warisan.

“Warisan adalah satu-satunya parti berbilang kaum yang sebenar dan ia diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang merupakan seorang berfikiran terbuka dan kita perlu kepimpinan sebegini untuk menerajui negara.

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan Mohd. Shafie menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya dalam majlis makan malam Warisan semalam.

Hadir sama ialah Presiden Warisan, Mohd. Shafie; Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan Naib-naib Presiden Warisan, Junz Wong dan Datuk Jaujan Sambakong.

Bryan meninggalkan DAP pada April tahun lalu dan kekal sebagai ADUN Bebas.

Sementara itu, Danny yang meninggalkan DAP selepas berada dalam DAP selama 35 tahun turut memutuskan menyertai Warisan.

Tindakan itu menjawab segala persoalan mengenai hala tuju politiknya selepas beliau mengumumkan keluar daripada DAP pada 18 Januari lalu.

Danny Law adalah ADUN Batu Lanchang dari 1999 hingga 2004 dan dipilih semula pada 2008 serta mengekalkan jawatan itu sehingga 2018 dan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya 2018. 

Sementara itu, Jeff berkata, beliau bersama Danny telah menyediakan strategi politik untuk Warisan di Pulau Pinang dalam usaha mengukuhkan keahlian parti berkenaan di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya