Warisan pertimbang bertanding PRN Johor  - Utusan Malaysia

Warisan pertimbang bertanding PRN Johor 

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) masih belum memutuskan sama ada ingin bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan selepas berbincang dengan rakan kerjasama mereka, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) melalui Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baharu diumumkan petang semalam dan tarikh pilihan raya juga masih belum ditetapkan.

“Kita akan teliti secara mendalam. Saya juga sudah berhubung dengan Syed Saddiq, saya maklumkan kepadanya bahawa perlu ada persediaan sekiranya kita memutuskan untuk bertanding. Walaupun kita ada penyokong di kawasan tertentu.

“Banyak pengalaman saya berkempen di Johor, contohnya di Pasir Gudang, banyak orang Sabah Sarawak berada di situ namun, kita tidak hanya bergantung kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

“Jadi kita akan lihat bagaimana keadaan di situ dan kita akan putuskan apabila tiba masanya. Saya akan bincang dengan kawan saya, Syed Saddiq dahulu,” katanya semasa majlis makan malam Warisan semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, tarikh pilihan raya itu masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas beliau, Warisan sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan itu sebabnya Warisan melebarkan sayap parti ke Semenanjung pada hujung tahun lalu.

“Saya berharap PRU akan diadakan pada bila-bila masa berbanding kita menghabiskan wang untuk mengadakan pilihan raya dari satu negeri ke negeri yang lain. 

“Selepas Melaka, Sarawak dan sekarang Johor dan mungkin negeri lain lagi, ini kerja yang sangat memenatkan. Sekiranya diadakan serentak dengan PRU lagi bagus dan menjimatkan,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, pengalaman menyertai banyak siri pilihan raya sebelum ini memberi keyakinan kepadanya untuk berhadapan PRU kali ini.

Menurut beliau, Warisan sudah mengenal pasti calon-calon mereka dan apa yang penting, barisan yang menjadi pilihan kepada rakyat di negara ini.

Pembubaran DUN Johor diumumkan semalam setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ia dilakukan selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang susulan ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya