Warga emas boleh walk in untuk dos penggalak, Rabu ini - Utusan Malaysia

Warga emas boleh walk in untuk dos penggalak, Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan vaksinasi secara walk in bagi dos penggalak akan dilaksanakan setiap hari kecuali cuti umum di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, bermula Rabu ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, warga emas yang ingin hadir secara walk in perlu mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam aplikasi MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi dos penggalak.

Katanya, empat PPV itu adalah PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil dan PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam yang semuanya beroperasi dari pukul 2 petang hingga 8 malam, manakala Soka Gakkai, Klang pula, 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Bagi PPV Offsite (PPV yang dibuka pengamal perubatan swasta di luar fasiliti mereka) di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan turut melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara ‘walk in’ kepada warga emas mulai 24 Januari ini. Senarai lengkap PPV Offsite yang terlibat akan diumumkan pihak ProtectHealth Corporation tidak lama lagi,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, buat masa ini, janji temu di PPV Integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca. Bermula Rabu ini, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan di semua PPV terlibat khususnya bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.

“Sehingga semalam, liputan vaksinasi dos penggalak bagi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak telah mencapai lebih 70 peratus. Ini susulan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang menerima dos lengkap selepas tempoh tiga bulan daripada dos terakhir, adalah layak untuk menerima dos penggalak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.