fbpx

27 Mei 2022, 7:37 pm

  TERKINI

Wanita pengsan terhidu asap tilam terbakar

ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan seorang wanita yang pengsan akibat sesak nafas dalam kebakaran bilik di tingkat atas sebuah rumah di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang wanita pengsan dipercayai sesak nafas akibat kebakaran tilam dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Bernam Baru, di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 23 tahun itu dilaporkan pengsan setelah terhidu asap tebal dalam kejadian sekitar pukul 10.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat satu rumah berkenaan.

Katanya, kebakaran itu bagaimanapun melibatkan tilam yang mana mangsa dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Ketika pasukan tiba di rumah tersebut, kebakaran di dalam bilik mangsa telah pun dipadamkan oleh bapa wanita itu menggunakan air paip. Anggota mengalami kesukaran untuk masuk ke dalam bilik itu disebabkan pintu terhalang dengan katil dan almari pakaian hingga menyebabkan kita terpaksa memecahkan pintu bilik tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zairul Fahmi, sebaik sahaja ditemukan, wanita itu terus diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Anggota melakukan pemeriksaan lanjut di bilik itu bagi memastikan keadaan selamat dan operasi melibatkan tujuh anggota dan jentera FRT itu tamat pada pukul 11.39 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI