Video tular pelanggan kesal layanan, pengurusan hotel buat laporan polis - Utusan Malaysia

Video tular pelanggan kesal layanan, pengurusan hotel buat laporan polis

TANGKAP layar sebuah video berhubung kejadian kemalangan melibatkan seorang anak pelanggan yang melecur di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Satu laporan polis dibuat berhubung video yang tular dalam media sosial mengenai kekesalan seorang pelanggan terhadap layanan dan sikap tidak ambil berat pihak pengurusan hotel di daerah ini, selepas berlaku kemalangan di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, polis  menerima laporan polis itu kira-kita  pukul 4.04 petang semalam  daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan seorang pekerja bahagian pengurusan hotel tersebut.

“Laporan dibuat berikutan satu video yang  ditularkan melalui aplikasi Tiktok dan Facebook daripada satu akaun berhubung kekesalan dan rasa tidak puas hati seorang pelanggan terhadap layanan serta sikap tidak ambil berat pihak pengurusan hotel.

“Ini ekoran telah berlaku satu kejadian pada 12 Januari lalu yang mana seorang anak kepada pelanggan hotel dikatakan mengalami kecederaan melecur sebanyak enam peratus di bahagian tangan dan badan akibat terkena tumpahan air panas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pihak keluarga telah membuat aduan yang menyalahkan pengurusan hotel berkenaan pengubahsuaian dan kedudukan susun atur barang di dalam bilik sehingga menyebabkan kejadian berlaku kepada anaknya.

“Pihak pengurusan hotel dengan rasa simpati atas kejadian telah memulangkan semula bayaran hotel kepada keluarga mangsa dan menafikan tidak mengambil berat terhadap kejadian yang menimpa keluarga mangsa sebaliknya mengambil maklum aduan yang dibuat,” katanya yang memberitahu selepas itu tular video tersebut dalam media sosial.

Dalam paparan video berdurasi 52 saat, dipaparkan kaki peti ais yang diubah suai daripada keadaan asal menyebabkan tidak stabil sebelum terjatuh dan hampir menimpa kanak-kanak itu.

Lebih malang, dalam video itu memaklumkan bersebelahan peti ais terdapat cerek elektrik dengan air yang baru dipanaskan turut terjatuh dan terkena pada anaknya sehingga melecur.

“Laporan telah dibuat untuk pihak hotel tetapi malangnya hanya sedikit pampasan diberi dan ia tidak setimpal dengan kejadian menimpa anak saya,” dakwa pemilik akaun Tiktok @harrunarashid123. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya