Unimap tandatangan MoU dengan Lotus MFZ - Utusan Malaysia

Unimap tandatangan MoU dengan Lotus MFZ

ZALIMAN SAULI (dua dari kiri) bersama Asmadi Tu menukar MoU antara Unimap dan Lotus MFZ di Bangunan Canselori UniMAP, Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengorak langkah dalam perkembangan teknologi solar photovoltaic (PV) apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lotus MFZ Green Tech (M) Sdn Bhd (Lotus MFZ) dalam satu majlis, di sini hari ini.

MoU dengan syarikat solar PV pertama di Perlis selama tiga tahun itu adalah inisiatif proaktif yang diambil universiti tersebut dalam usaha pembangunan dan penyelidikan bidang teknologi hijau. 

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kerjasama itu tertumpu kepada program pemindahan teknologi dan kebolehpasaran graduan Unimap.

“Setiap tahun, universiti ini mempunyai kira-kira 150 hingga 200 graduan atau pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan elektrik dan 20 peratus daripadanya dijangka dapat menerima manfaat dengan menjalankan latihan industri dengan Lotus MFZ.

“Pengambilan graduan Unimap yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang solar menjimatkan kos operasi syarikat, manakala penyelidikan daripada Unimap pula membantu kemajuan sistem teknologi ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian tersebut di Bangunan Canselori Unimap, Pauh Putra, di sini.

MoU tersebut turut ditandatangani Ketua Pengarah Eksekutif Lotus MFZ, Asmadi Tu yang mewakili syarikat tersebut.

Sementara itu, Zaliman berkata, kerjasama tersebut merupakan batu loncatan kepada kedua-dua pihak ke arah kemajuan teknologi, khususnya dalam teknologi hijau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya