Undi18 gesa parti politik ketengahkan calon muda - Utusan Malaysia

Undi18 gesa parti politik ketengahkan calon muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengundi Muda (Undi18) menyeru semua belia Johor yang mencapai usia 18 tahun ke atas untuk mengambil peluang melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Undi18 dalam kenyataan memaklumkan, pilihan raya itu menyaksikan detik bersejarah apabila anak muda berusia 18, 19 dan 20 tahun buat kali pertamanya dibenarkan untuk menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.

Selain itu, Undi18 juga mengharapkan penglibatan lebih ramai dalam kalangan anak muda sebagai calon dalam PRN Johor dengan parti politik yang bertanding disaran untuk menampilkan muka calon baharu khususnya dalam kalangan anak muda.

“Ia penting untuk penglibatan penggubalan dasar kerajaan negeri memandangkan golongan ini memegang peratusan besar sebagai pengundi dalam pilihan raya kali ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, Undi18 akan melancarkan inisiatif #UndiJohor sebagai platform bagi menggalakkan penglibatan golongan anak muda secara langsung mahupun tidak langsung bagi membudayakan amalan demokrasi negara.

Pihak itu akan memberikan dinamik baharu dalam sistem demokrasi negara dengan penglibatan rakyat lebih besar dan bakal menjadi penanda aras penting sentimen anak muda dalam pilihan raya akan datang.

Jelas Undi18,  PRN Johor kali ini adalah pertama membenarkan pemilih dalam kalangan usia 18-20 tahun untuk menjadi pengundi setelah ianya diwartakan oleh SPR pada 14 Januari lalu.

“Pelaksanaan Undi18 di Johor menandakan penambahan hampir 750,000 pengundi baharu, termasuk 175,000 pengundi bawah 21 tahun. Ini adalah penambahan hampir 30 peratus kepada jumlah pengundi di negeri Johor sedia ada.

“Dengan adanya pendaftaran pemilih automatik, pemilih yang layak tidak perlu lagi mendaftar sebagai pemilih tetapi sebaliknya hanya perlu melakukan semakan pemilih melalui portal mysprsemak.spr.gov.my untuk menyemak status kawasan lokaliti tempat pengundian mereka,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.