Umrah: 1,306 jemaah positif Covid-19, 64 kes terkini Omicron - Utusan Malaysia

Umrah: 1,306 jemaah positif Covid-19, 64 kes terkini Omicron

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada 11,108 jemaah umrah dikesan positif Covid-19, berdasarkan data sehingga 30 Disember lalu iaitu sejak kumpulan pertama jemaah umrah berlepas ke Tanah Suci pada 13 Oktober.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah tersebut, 592 kes dikesan positif pada ujian pertama semasa hari ketibaan di Malaysia dan 714 kes dikesan pada ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin.

Katanya, dalam masa sama, dua lagi kes Covid-19 disahkan varian Omicron semalam, menjadikan jumlah keseluruhan varian ini adalah sebanyak 64 kes iaitu 63 melibatkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan. 

“Daripada 64 kes jangkitan Covid-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah. Selain itu sehingga 30 Disember, terdapat sembilan kluster yang berlaku melibatkan jemaah umrah.

“Ia melibatkan lima kluster dengan kes-kes indeks disahkan varian Omicron, satu kluster kes indeks berkemungkinan Omicron dan sedang menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS) serta tiga kluster melibatkan kes-kes indeks bukan varian Omicron,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 1,077 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 sehingga 29 Disember. 

“Sebanyak 966 daripadanya menunjukkan berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan WGS. Daripada 966 sampel tersebut, 750 atau 77.6 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya