UMP kerjasama dengan Konstanz University of Applied Sciences Jerman

UMP perluas jaringan kerjasama antarabangsa dengan Konstanz University of Applied Sciences Jerman

YUSERRIE Zainuddin (kanan) dan Dr. Mohd. Rosli Hainin menandatangani kerjasama antara UMP dan Konstanz University of Applied Sciences (HTWG-Konstanz) Jerman secara dalam talian di UMP Gambang, di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Konstanz University of Applied Sciences (HTWG-Konstanz) Jerman dalam meluaskan jaringan kerjasama antarabangsa di samping memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua universiti.

Majlis yang dijalankan secara dalam talian itu menyaksikan Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP menandatangani MoU manakala bagi pihak HTWG-Konstanz pula diwakili Presidennya, Profesor Dr. Sabine Rein.

Turut sama dalam program itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Mohd. Rosli Hainin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Pengarah DAAD Malaysia Kuala Lumpur merangkap Lembaga Pengarah Program Pengajian Jerman UMP dan Naib Presiden HTWG-Konstanz, Professor Dr. Katrin Klodt-Bubmann.

Menurut Dr. Yuserrie, MoU itu merupakan sejarah penting UMP khususnya kepada Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Pusat Kerjasama Akademik Jerman dan Pusat Hubungan Antarabangsa untuk terus menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang akademik dan penyelidikan.

“Ia juga merupakan salah satu bukti usahasama UMP dan DAAD Malaysia yang sentiasa menyokong kolaborasi strategik dan atas kepercayaan pihak Institusi Jerman sejak sedekad lalu.

“Menerusi kerjasama yang dijalinkan ini bukan hanya dapat mengeratkan hubungan dua hala, malah kedua-dua universiti dapat memanfaatkan dalam pelbagai bidang terutamanya Kejuruteraan, Penyelidikan, Teknologi Maklumat dan Perniagaan.

“Selain itu, selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025, universiti  turut memberi penekanan khusus untuk mengadakan lebih banyak kerjasama antarabangsa dengan universiti dan industri yang berpotensi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kerjasama itu meliputi mempergiatkan dalam aktiviti akademik dan pendidikan seperti pertukaran pelajar dan staf, pembangunan program baharu seperti dwiijazah dan mewujudkan peluang latihan, penyelidikan serta penglibatan dalam syarahan atau simposium.

Melalui inisiatif tersebut juga akan memberi tumpuan kepada program pengajian Sains komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Bahasa dan Budaya, Perniagaan dan Pengurusan dan pelbagai bidang yang berkaitan.

HTWG-Konstanz merupakan sebuah universiti yang menawarkan pelbagai program antaranya Kejuruteraan, Komputeran dan Perniagaan yang terletak di Konstanz, Baden-Wuttemberg, Jerman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya