UMNO miliki peluang besar menang PRN Johor

UMNO miliki peluang besar menang PRN Johor

HASNI Mohamad beramah mesra dengan golongan remaja sebaik tiba di pekarangan Pejabat UMNO Johor bagi mempengerusi Mesyuarat UMNO Negeri di Pejabat UMNO Negeri Johor, Johor Bahru, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan sekali gus menubuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sehubungan itu pihaknya bersedia untuk meletakkan calon untuk jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Katanya, jentera parti juga sudah bersedia dan mereka menunjukkan semangat yang tinggi.

“Peluang UMNO (untuk menang PRN Johor) amat baik sekali, keyakinan kita tinggi dan kita berharap akan dapat bertanding lebih banyak kerusi berbanding PRU-14 lalu.

“Soal pengagihan kerusi masih belum diputuskan dan ia akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti komponen dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat UMNO Johor selepas pulang daripada mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon pembubaran DUN Johor.

Hasni yang juga merupakan Pengerusi BN Johor turut memaklumkan pintu kerjasama antara gabungan itu dengan parti lain (Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia) masih belum tertutup.

“Sebarang kerjasama atau bentuk komposisi parti yang akan bertanding dalam PRN Johor adalah tertakluk kepada keputusan dibuat pucuk pimpinan parti.

“Negeri akan beri maklum balas berhubung keputusan itu termasuklah berhubung kerjasama antara parti komponen dalam gabungan BN sendiri,” ujarnya sambil berseloroh akan kembali bertanding dalam PRN Johor sekiranya dibenarkan presiden parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya