UMNO Ketereh baca Yasin, solat hajat doakan kesihatan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

UMNO Ketereh baca Yasin, solat hajat doakan kesihatan Dr. Mahathir

ANTARA jemaah yang hadir untuk solat hajat dan bacaan Yasin di Masjid Tuan Guru Haji Musa di Bukit Marak, Kota Bharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Bahagian Ketereh mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yasin malam tadi bagi mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dilaporkan uzur.

Solat hajat dan bacaan surah Yasin itu diketuai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Ketereh, Kamaruddin Said dan disertai kira-kira 100 jemaah bertempat di Masjid Tuan Guru Haji Musa, Bukit Marak, di sini.

Setiausaha UMNO Bahagian, Ahmad Termizi Musa berkata, program solat hajat dan bacaan Yasin diadakan serentak dengan Masjid Angkasapuri Kuala Lumpur yang turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Kita UMNO Bahagian Ketereh sentiasa mendoakan kesejahteraan Dr. Mahathir yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya kurang stabil selepas menjalani pembedahan.

“Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh dan Jawatankuasa Masjid Tuan Guru Haji Musa berharap agar kesihatan Dr. Mahathir bertambah baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN