Terence kemuka penjelasan bertulis kepada DAP - Utusan Malaysia

Terence kemuka penjelasan bertulis kepada DAP

NGA Kor Ming (kanan) memberi angpau kepada peniaga pada program pemberian buah limau serta angpau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Awam Buntong, Ipoh, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP menerima penjelasan secara bertulis dikemukakan Terence Naidu berhubung penahanannya dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dua minggu lalu.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, dalam penjelasan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu turut menyertakan laporan ujian air kencing kedua yang dilakukannya di sebuah klinik di Pulau Pinang. 

Katanya, sampel yang dianalisis di makmal Pathlab itu menunjukkan negatif iaitu tiada dadah dikesan dalam air kencing Terence. 

“Mungkin ada kesilapan pada ujian sebelum ini kerana ujian yang dilakukan pada hari kedua selepas ditahan, membuktikan keputusan adalah negatif. Apapun kita tunggu keputusan siasatan (polis), saya tidak mahu komen lanjut. Beliau (Terence) telah pun memberi penjelasan secara bertulis dan menunjukkan keputusan ujian air kencing kedua adalah negatif. Maknanya beliau tidak terlibat (mengambil bahan terlarang),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program pemberian buah limau dan angpau sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Buntong, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 9 malam, 13 Januari lalu, Terence, 54, ditahan polis dan didakwa positif menggunakan bahan terlarang. Terence yang merupakan ADUN Perak selama dua penggal dan seorang peguam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sehari.

Dalam laporan media Khamis lalu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Terence berkata, wakil rakyat itu telah membuat laporan polis berikutan keputusan negatif hasil ujian air kencing kedua yang dilakukannya.

Menurut Ramkarpal, ujian kedua itu dilakukan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan ujian saringan kali pertama pada 13 Januari oleh polis yang mendapati terdapat kesan penggunaan empat jenis dadah. Terence membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya