fbpx

22 Januari 2022, 2:07 am

Tang Jie-Yen Wei berpeluang rangkul juara Terbuka India

CHEN Tang Jie-Peck Yen Wei .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei melakarkan kejutan dengan menewaskan rakan senegara yang juga pilihan pertama kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka India.

Tang Jie-Yen Wei diletakkan sebagai pilihan ketiga, terpaksa bertarung selama 1 jam 11 minit sebelum menang 21-19, 23-22, 21-14 di K D Jadhav Indoor Hall, New Delhi.

Keputusan itu menyaksikan pasangan muda negara itu hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan sulung mereka tahun ini.

Pasangan yang menghuni ranking ke-40 dunia itu akan berdepan lawan dari Singapura Terry Hee-Tan Wei Han yang mendapat kemenangan percuma selepas beregu dari Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova menarik diri.

Jika kedudukan ranking menjadi ukuran, Tan Jie-Yen Wei diletakkan pilihan juara dan dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasangan Singapura yang menghuni ranking ke-182 dunia itu.

Kali terakhir pasangan negara itu meraih kejuaraan adalah pada 2018 apabila muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia selepas menewaskan beregu Indonesia Andika Ramadiansyah-Mychelle Crhystine Bandaso.

POPULAR

KOSMO! TERKINI