Tak rasa terkilan, saya ada prinsip – Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Tak rasa terkilan, saya ada prinsip – Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi penyanyi yang pernah popular dengan lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang ini, dia mempunyai prinsip tersendiri sebagai anak seni.

Walaupun Imran Ajmain seorang penyanyi yang bergerak sendiri, namun dia tidak berasa terkilan sekiranya tidak diraikan dalam industri seni tanah air sendiri.

“Saya tidak rasa terkilan kerana mempunyai pemahaman yang berbeza. Ada dua prinsip yang saya pegang.

“Saya bukan daripada program realiti dan menjalani perjalanan artis yang mula karier dengan program realiti.

“Maka, tidak adil untuk membandingkan diri saya dengan rakan seperjuangan yang sememangnya keluar daripada rancangan televisyen,” katanya.

Imran lebih selesa bergerak solo selama lebih sedekad ini kerana boleh menjadi pemilik kepada lagu-lagu keluarannya.

Tetapi, dia terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa dirinya kurang mendapat perhatian arus perdana.

Namun, penyanyi bersuara emas ini sentiasa menjaga dan menyantuni para peminat yang ada boleh menjadikan seseorang itu relevan dalam industri ini.

“Walaupun saya dari genre pop, tetapi perjalanan saya lebih kepada indie iaitu bergerak sendiri. Saya tiada lebel dan mengurus sendiri.

“Saya memilih untuk bergerak solo supaya boleh menjadi pemilik lagu-lagu tersebut. Jadi, saya akur dan menerima hakikatnya bergerak sendiri tidak mendapat perhatian umum.

“Walaupun kita tidak terlihat oleh orang ramai, ia tidak bermaksud kita tidak aktif. Kalau kita menjaga peminat, rapat serta akrab dengan mereka supaya kita kekal boleh berkarya. Maka, kita tidak perlu popular untuk relevan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya