Suspek kedua kes culik, bunuh diberkas di Taiping - Utusan Malaysia

Suspek kedua kes culik, bunuh diberkas di Taiping

MIOR Faridalathrash Wahid (dua dari kiri) merasmikan Pondok Polis Komuniti Bandar Selamat di Terminal Meru Raya, Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suspek kedua kes culik dan bunuh seorang lelaki yang mayatnya dijumpai ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor, semalam, diberkas di Taiping, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul 1 petang.

“Suspek pertama ditangkap dua hari lalu dan dia telah memberi keterangan yang kemudian menunjuk arah lokasi di mana mangsa ditanam di sebuah kebun kelapa sawit. Ekoran tangkapan itu, kita b mengesan rakannya yang dicekup polis petang tadi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Terminal Meru Raya, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu hasil laporan bedah siasat mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan reput.

Katanya, mengikut keterangan suspek, mereka mengunakan sebatang kayu untuk memukul mangsa di bahagian kepala dan seluruh badan.

“Mangsa dan suspek merupakan rakan yang mana mangsa juga mempunyai banyak rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Mangsa juga baru dibebaskan dari penjara. Dengan tertangkapnya dua suspek itu, kes dianggap selesai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya