Surat itu sahih, saya tarik semula kenyataan saya - Noor Azmi - Utusan Malaysia

Surat itu sahih, saya tarik semula kenyataan saya – Noor Azmi

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menarik semula penafiannya mengenai doktor-doktor kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azmi berkata, surat dilampirkan oleh Hartal Doktor Kontrak mengenai kelayakan biasiswa itu adalah sahih dan telah pun dikeluarkan kementerian.

“Saya mengakui kesilapan saya berhubung perkara ini, surat tersebut adalah benar. Saya cuma mendapat maklumat tidak dikemas kini dan saya tidak tahu perkembangan terkini.

“Jadi, saya menarik semula kenyataan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebentar tadi, beliau menafikan kenyataan Hartal Doktor Kontrak mengenai mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Pagi tadi, Hartal Doktor Kontrak memaklumkan, mereka kini layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Dalam hantaran di Facebooknya, gerakan itu melampirkan cetakan surat rasmi bertarikh 5 Januari 2022 daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelantikan secara kontrak perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan atau persediaan pengajian kepakaran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya