KOTA BHARU: Gara-gara pandemik, hampir dua tahun lamanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di seluruh negeri ini tidak dapat solat Jumaat kerana kekangan prosedur operasi standard (SOP). Berdasarkan SOP diguna pakai di masjid-masjid di Kelantan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, biarpun sudah baligh tidak dibenarkan solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat. SOP masjid juga ada kaitan dengan peraturan mewajibkan jemaah masjid perlu lengkap dua dos vaksin terlebih dahulu sedangkan ketika ini, semua kanak-kanak bawah 12 tahun belum divaksin. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa masjid di negeri ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya