SPR adakan mesyuarat 9 Feb. bincang tarikh PRN Johor - Utusan Malaysia

SPR adakan mesyuarat 9 Feb. bincang tarikh PRN Johor

ABDUL Ghani Salleh (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Roziah Mohd. Janor selepas menandatangani MOU bersama SPR sambil disaksikan Noraini Ahmad di Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 9 Februari bagi membincangkan gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya akan memberi butiran berhubung hasil gerak kerja PRN itu kepada pihak media sebaik sahaja mesyuarat itu selesai.

“Dalam mesyuarat itu, kita juga akan putuskan tarikh bila PRN itu akan diadakan. Persiapan bagi menganjurkan PRN tersebut sedang dijalankan di semua 56 Dewan Undangan Undangan (DUN) Johor,” katanya ringkas 

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan SPR dan pelancaran Buku Laporan Kajian Pembentukan DNA UiTM di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ser Dr. Noraini Ahmad dan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bahawa suruhanjaya itu telah menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat, Ahad lalu. 

Sabtu lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengumumkan pembubaran DUN Johor secara rasmi bagi membolehkan PRN di negeri itu dijalankan. 

Dalam pada itu, semasa berucap ketika majlis tersebut, sejumlah 185,400 mahasiswa UiTM telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.

Menurutnya, SPR akan meneruskan kerjasama dengan UiTM melalui Akademik Pilihan Raya (APR) bagi memberi pendidikan mengenai perihal pilihan raya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya