Slogan #TangkapAzamBaki mula bergema

Slogan #TangkapAzamBaki bergema di LRT Bangsar

PARA peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki memegang kain rentang sambil melaungkan slogan Tangkap Azam Baki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Slogan ‘Tangkap Azam Baki’ bergema di pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, para peserta berbaju hitam sambil melaungkan slogan Tangkap Azam Baki dan Hidup Rakyat.

Para peserta turut sama membawa kain rentang yang turut sama tertera slogan Tangkap Azam Baki dan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Antara aktivis yang kelihatan adalah aktivis sosial, Adam Adli.

Dalam masa sama, penganjur turut menasihatkan mereka yang hadir untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Beberapa anggota polis juga ditempatkan di bagi mengawal sebarang kemungkinan keadaan.

Kontroversi membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya itu menjadi pertikaian ramai selepas timbul dakwaan berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN