Sikap tenang penjawat awam raih rasa hormat warganet - Utusan Malaysia

Sikap tenang penjawat awam raih rasa hormat warganet

TANGKAP layar penguat kuasa dimaki seorang lelaki. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang individu lelaki yang mengugut dan cuba menyerang pegawai penguatkuasaan di Kuala Selangor menimbulkan perasasaan hormat kepada pegawai tersebut kerana kekal tenang walaupun diasak oleh individu tersebut.

Menerusi klip rakaman yang tular di laman media sosial itu memaparkan seorang lelaki memaki hamun pegawai penguatkuasaan yang sedang menjalankan tugasnya, namun pegawai tersebut hanya berdiam diri dan terus berjalan walaupun diikuti oleh lelaki itu.

Seorang warganet, malaysiavirall memuat naik klip rakaman tersebut di laman Twitter dan menzahirkan perasaan hormatnya kepada pegawai tersebut dan meminta pengguna lain untuk menyebarkan video itu bagi memudahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Awak dapat tabik hormat saya bang! Awak memang kental, tenang je Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Tolong ulang ciap sampai individu berlagak samseng tu kena tangkap dengan PDRM,” ciapnya di laman Twitter.

Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan hormat mereka kepada pegawai tersebut kerana masih tenang walaupun dimaki hamun oleh individu lain dan meminta tangkapan dibuat terhadap individu tersebut.

“Tenang sebab masih berseragam tu. Kalau tak bang baju biru tu mungkin sudah menyembah ke bumi,” ciap _ameerahaleem.

“Tengok badan pegawai tu boleh je tapau abang baju biru tu dengan sekali hayun. Tapi tabik hormat terus ke pegawai sebab kekal tenang dan tidak menjalankan tugas mengikut emosi,” ciap miraersha.

“Penguat kuasa ni memang seorang yang penyabar. Kena provokasi sampai macam tu pun masih boleh kawal untuk tidak tumbuk baju biru tu. Tengok tangan penguat kuasa tu lain macam je, kena sedas baru tahu senyap,” ciap _mazif.

“Aku hormat pada pegawai tu walaupun kena macam tu masih kekal tenang. Tindakan individu tu boleh ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat,” ciap kerusigebu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN