PETALING JAYA: Agensi pengendali umrah meminta kerajaan segera mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti kira-kira 15,000 bakal jemaah yang mempunyai kira-kira 10 hari sebelum menunaikan ibadah itu. SOP baharu yang mungkin lebih ketat perlu diumumkan segera selain perlu konsisten sekali gus mewujudkan situasi menang-menang bagi agensi, bakal jemaah dan kerajaan. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, garis panduan…









