‘Saya tak faham kenapa orang lain boleh, tetapi Najib tak boleh pula.’ - Utusan Malaysia

‘Saya tak faham kenapa orang lain boleh, tetapi Najib tak boleh pula.’

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan kunjungannya ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, Selasa lepas. 

Sedangkan, kata beliau, pemimpin lain boleh melakukan kunjungan dan perkara samatetapi tidak bagi beliau. 

“Saya difahamkan bahawa sedang ada usaha dari pihak sebelah sana untuk kecam saya dengan propaganda sentimen agama berhubung pakaian saya semasa kunjungan ke sambutan Thaipusam di Batu Caves dua hari lalu.

“Tetapi saya tak faham kenapa orang lain boleh, tetapi Najib tak boleh pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Dalam hantaran itu, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik imej beberapa pemimpin lain termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggayakan pakaian dipercayai sempena sambutan Thaipusam.

Semalam, media melaporkan, anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain. 

Menurut Kamilin Jamilin, seseorang Muslim tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Islam atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti meraikan hari simbolik agama lain.

Kata Kamilin, Islam melarang seseorang Muslim berkunjung ke rumah ibadat agama lain pada hari perayaan mereka walaupun atas alasan untuk perpaduan. 

“Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya