Saifuddin masih setia bersama Bersatu - Utusan Malaysia

Saifuddin masih setia bersama Bersatu

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Saifuddin Abdullah masih setia dengan parti itu sekali gus tidak pernah bercadang menyertai mana-mana parti setakat ini termasuk terbaharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM).

 Saifuddin menzahirkan rasa dukacita berikutan terdapat segelintir rakan dan kenalannya mula menyertai PBM. 

“Saya kekal dengan Bersatu, insya-Allah. Saya juga tidak pasti sama ada ramai atau tidak yang akan menyertai PBM, namun saya dukacita kerana mereka ini kawan-kawan saya juga. Sememangnya kita mengharapkan supaya semua menyertai Bersatu dan apa lagi apabila Presiden (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sangat ‘accommodate’ terhadap teman-teman yang meninggalkan PKR.

“Pada saya, agak terkilan kerana sepatutnya kita membalas jasa Tan Sri Muhyiddin dengan memperkuat lagi Bersatu, ” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Cenderawasih Timur, di sini hari ini.

PBM didaftarkan secara rasmi oleh ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien pada 27 Oktober lalu. Larry yang juga Presiden PBM memaklumkan parti itu dilahirkan selepas penjenamaan semula Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan bapanya, Sng Chee Hua pada 2012.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menjelaskan, ia hak masing-masing sama ada untuk menyertai parti lain atau untuk menubuhkan parti lain.

Katanya, dia hanya menaruh harapan agar mereka yang telah menyertai Bersatu kekal bersama parti berkenaan.

“Kita tidak dapat menghalang niat dan hasrat mereka untuk menyertai atau menubuhkan parti baharu kerana mereka ada hak masing-masing.  Tambahan pula, dalam hal ini sebahagian daripada mereka yang menubuhkan parti PBM itu bukan ahli Bersatu,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.