RM1.85 juta untuk fasa dua, tiga projek lampu jalan di jajaran Puncak Borneo - Utusan Malaysia

RM1.85 juta untuk fasa dua, tiga projek lampu jalan di jajaran Puncak Borneo

WILLIE Mongin (tiga dari kiri) bersama pegawai dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) selepas selesai mesyuarat di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING : Fasa kedua projek pemasangan lampu jalan di jajaran Puncak Borneo akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin.

Beliau mengesahkan perkara itu semasa mesyuarat bersama-sama pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) di Pusat Khidmat Rakyat Puncak Borneo di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek tersebut akan dilaksanakan dalam empat fasa, bermula dari Kota Padawan hingga ke kampung Annah Rais dan dijangka menelan kos RM3 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kelulusan peruntukan itu adalah hasil usaha Willie selaku Ahli Parlimen Puncak Borneo, MPP dan SEB.

Menurut Willie, dalam fasa pertama kerja-kerja pemasangan tertumpu di kawasan persimpangan kampung, selekoh tajam, tempat kerap kemalangan dan sebagainya, yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dengan kos RM200,000.

“Bagi fasa kedua, kos siling adalah RM950,000 dan kos siling fasa tiga dan fasa empat adalah RM1.85 juta.,” katanya.

Turut hadir semasa mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Setiausaha (Jurutera) MPP Goh Thian Ho, Pengurus SEB Wilayah Barat Mohd. Hazwan, Pegawai Pembangunan Infrastruktur Puncak Borneo Halix Kuyong serta beberapa pegawai SEB dan MPP lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN