Ribut: 10 kenderaan rosak dihempap pokok - Utusan Malaysia

Ribut: 10 kenderaan rosak dihempap pokok

PASUKAN bomba memotong dahan yang menimpa kenderaan dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang berdekatan Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan ini petang tadi mengakibatkan 10 kenderaan awam rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian di sekitar Seksyen 13 di sini, petang tadi.

Kejadian itu melibatkan Jalan Subang berdekatan Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan kawasan parkir sebuah pusat beli-belah, kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama jentera ke lokasi kejadian pertama di Jalan Subang.

“Pemeriksaan mendapati dua kenderaan dihempap pokok yang tumbang di jalan menuju ke Lebuhraya Persekutuan berkenaan. Namun, tiada mangsa cedera dan mereka  keluar sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kerja pemotongan masih giat dijalankan dan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan setakat ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Norazam memaklumkan turut  menerima laporan mengenai runtuhan bumbung di kawasan parkir pusat beli-belah di Seksyen 13.

“Berdasarkan maklumat awal, sebanyak lapan kenderaan orang awam yang diletakkan di kawasan itu mengalami kerosakan. Bagaimanapun, tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN