Rasuah antara topik pertemuan pemimpin PH dengan PM - Utusan Malaysia

Rasuah antara topik pertemuan pemimpin PH dengan PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan pelbagai isu termasuk masalah rasuah.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan yang berlangsung di Parlimen dihadiri beliau bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Kata Ketua Pembangkang itu, pihaknya membangkitkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang.

“Turut dibincang perihal rasuah yang semakin menggila serta langkah pasca banjir yang dihadapi sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, keempat-empat pemimpin itu menyertai Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat yang berkenaan situasi bencana banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, untuk membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara, iaitu banjir dan pascabanjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia serta perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN