Raja Muda Perlis harap semangat perpaduan terus mekar - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis harap semangat perpaduan terus mekar

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalilmenzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Perlis yang menyambut perayaan itu. - UTUSAN ONLINE 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang menyambut perayaan itu.

Ucapan Tahun Baharu Cina itu turut dizahirkan anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah; Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail 

Harapan baginda, semua rakyat Perlis berketurunan Tionghua yang menyambut Tahun Baharu Cina esok terus gembira meraikan perayaan tersebut.

“Dengan harapan semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus mekar dan sentiasa ditambah baik daripada masa ke masa dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

“Ucapan sama turut dizahirkan kepada semua rakan taulan tidak kira di mana sahaja mereka berada di dalam mahupun luar Perlis dan juga Malaysia,” titah baginda di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.