Pusat hiburan baru dua hari beroperasi tawar GRO diserbu - Utusan Malaysia

Pusat hiburan baru dua hari beroperasi tawar GRO diserbu

NOR  Omar Sappi (tengah) mengetuai operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis di Sitiawan, Perak,  hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Walaupun pandemik Covid-19 belum berakhir, sebuah pusat hiburan di Sitiawan beroperasi menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebelum diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, semalam.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Manjung pada pukul 11.15 malam itu, seramai sembilan wanita warga Vietnam dipercayai GRO ditahan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis turut menahan enam lelaki dan empat wanita yang didapati positif dadah di pusat hiburan yang baru dua hari beroperasi itu.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat 35 individu berusia antara 20-an hingga 50-an dalam pusat hiburan tersebut. Daripada jumlah tersebut, polis menahan 24 individu berusia 20-an untuk saringan awal air kencing dan didapati 10 individu positif dadah jenis methamphetamine atau syabu dan ketamin,” katanya selepas operasi memotong bekalan elektrik di lima premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah Manjung, hari ini. 

Menurut Nor Omar, pusat hiburan tersebut mempunyai beberapa bilik karaoke dan semua wanita warga Vietnam berusia 20-an yang berada dalam premis tersebut dipercayai bekerja di situ serta disiasat di bawah Akta Imigresen.

Beliau memberitahu, polis juga  mengeluarkan kompaun RM1,000 setiap seorang kepada semua 35 individu yang berada dalam premis tersebut.

“Pengurus premis turut dikenakan kompaun dengan jumlah sama di atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan jangkitan Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya