PRN Johor: 'UMNO gentleman, serah kepada rakyat menentukan' - Utusan Malaysia

PRN Johor: ‘UMNO gentleman, serah kepada rakyat menentukan’

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang ‘menuduh’ kerakusan UMNO Johor bermain politik demi kuasa sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kalau rakus, tentu Menteri Besar (Datuk Hasni Mohammad) tak akan membubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan UMNO dikembalikan dan boleh menjadi Menteri Besar semula.

“UMNO gentleman serah pada rakyat menentukan,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau membalas kenyataan Wan Saiful yang mengaitkan kerakusan UMNO bermain politik demi kuasa, walaupun rakyat masih bergelumang dengan pandemik Covid-19.

Malah beliau berpandangan itu adalah usaha kluster mahkamah untuk terus mengalih perhatian daripada kes mahkamah yang sedang mereka hadapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya