PRN Johor: Tiada siapa isytihar bubar MN- Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

PRN Johor: Tiada siapa isytihar bubar MN- Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM TUAN MAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerjasama Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan dan tidak terbubar seperti dianggap ramai apabila pasti berteraskan Islam itu mengadakan kerjasama dengan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah, Pas juga dikatakan bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terbubar dan memerlukan PRN diadakan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya komited mengadakan perbincangan sama ada bersedia bekerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor atau sebaliknya.

“MN masih berjalan, tiada siapa isytihar bubar lagi. Tetapi, kerjasama dan perbincangan itu kita akan teruskan. Kita akan mengadakan perbincangan dengan UMNO, komitmen kita sebenarnya dengan UMNO dan lain-lain parti sebenarnya masih lagi berjalan dan kita harapkan mampu mengadakan kerjasama yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Malaysia Recycling Alliance (Marea) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Mutalib.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Hari Jumaat yang merupakan hari penuh berkat dipilih menjadi hari pembubaran PRN Johor selepas dikatakan sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menguatkan perkhabaran mengenai pembubaran itu, semalam turut dilaporkan media bahawa Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad akan mengadakan sidang akhbar  khas dengan khabar angin mengaitkan ia akan membawa kepada pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN).

Turut dilapor, perancangan sidang media itu dibuat selepas Badan Perhubungan UMNO Johor mengadakan mesyuarat khas.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar dan Air tidak bersetuju dengan pembubaran DUN dan melaksanakan PRN secara berasingan dengan pilihan raya umum (PRU).

Menurutnya, situasi sedemikian meletakkan rakyat dalam keadaan negara sentiasa berpolitik berikutan tarikh PRN akan datang tidak sama dengan PRU selain turut menyebabkan perbelanjaan tinggi.

“Sekarang kita ada Melaka dan Sarawak yang berasingan. Kalau boleh tak mahu banyak sangat pilihan raya di negara kita yang berbeza tarikh, akhirnya rakyat hidup dalam situasi politik sepanjang waktu.

“PRU, PRN kemudian PRK, contohnya pilihan raya Sarawak walaupun berasingan, jentera akan turun, petugas akan fikir kemudian akan datang, Melaka terpaksa adakan pilihan raya berasingan,” jelasnya.

Tambahnyai, sekarang adalah bukan masa yang sesuai untuk terus politiking selepas pelbagai isu melanda negara seperti wabak pandemik serta masalah banjir yang melanda pada Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN