PRN Johor: Rumah Menteri Besar jadi tumpuan petugas media - Utusan Malaysia

PRN Johor: Rumah Menteri Besar jadi tumpuan petugas media

KELIHATAN beberapa kenderaan memasuki kediaman rasmi Menteri Besar bagi menghadiri perjumpaan Presiden bersama Biro Politik UMNO Johor di Saujana, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Saujana, Jalan Abdul Rahman Andak, di sini mula menjadi tumpuan petugas media seawal pukul 7.30 malam tadi.

Kediaman rasmi Pengerusi UMNO Johor itu menjadi tumpuan kerana difahamkan akan menjadi lokasi perjumpaan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Biro Politik Badan Perhubungan UMNO Johor.

Selain Ahmad Zahid, perjumpaan yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu dipercayai turut melibatkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Figura politik tanah air lain yang turut hadir termasuklah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga barisan kepimpinan UMNO negeri antaranya Bendahari UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday.

Walaupun perjumpaan tersebut diadakan secara tertutup dan tiada jemputan rasmi dibuat kepada petugas media, namun ia tetap menjadi tumpuan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Hasni.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan bermesyuarat berkenaan PRN Johor pada 9 Februari depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya