PRN Johor: Hasrat gabung pembangkang strategi tumbangkan UMNO - Utusan Malaysia

PRN Johor: Hasrat gabung pembangkang strategi tumbangkan UMNO

ANWAR Ibrahim sewaktu menghadiri Program #TemuAnwar Sembang Santai Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Bersama Anak-anak Muda Port Dickson di Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan strategi yang dilihat mampu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu diambil demi mengalahkan UMNO yang dianggap beliau begitu yakin untuk memperoleh majoriti besar jika PRN diadakan.

“Kami beri laluan kepada pemimpin UMNO untuk mentadbir Johor walaupun dengan satu majoriti, kami katakan kami tidak ganggu supaya tumpu kepada soal Covid-19 dan banjir, tetapi mereka angkuh dan anggap punya kekuatan untuk dapat majoriti besar.

“Mereka nak tumpu pilihan raya, jadi kami kata kami ada strategi untuk tumbangkan mereka. Kami terpaksa lawan dan kami akan lawan dengan segala kekuatan dan strategi yang memungkinkan mengalahkan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas Program #TemuAnwar Sembang Santai Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Hari ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hasrat PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRN Johor hanya akan mengulangi formula kegagalan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kata Mohamed Khaled, cadangan pembangkang untuk bersama-sama antara satu sama lain dilihat hanya akan memudaratkan negara.

Anwar yang juga Presiden PKR dalam pada itu menambah, pembangkang boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk PRN Johor sekiranya masing-masing dapat konsisten menolak beberapa isu termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Kalau pembangkang itu tolak keangkuhan, tolak salah guna kuasa, tolak rasuah, tolak penyelewengan dan konsisten dan tidak dibantu golongan yang mahu memecahkan kita, saya tidak fikir mengapa kita tidak boleh cari jalan untuk bekerjasama dalam satu pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN