PM hadirkan keceriaan buat Nurshazrina - Utusan Malaysia

PM hadirkan keceriaan buat Nurshazrina

ISMAIL Sabri Yaakob berkesempatan melawat Nurshazrina Suryanto di kediamanannya di Kota Warisan, Sepang, Selangor. - FOTO FB ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Impian seorang remaja yang menderita kanser tulang tahap empat, Nurshazrina Suryanto, 15, untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya tercapai apabila pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Megah Villa, Sepang, Selangor semalam.

Ismail Sabri  dalam Facebooknya berkata, ujian yang dihadapi Nurshazrina menunjukkan tanda Allah SWT sayang kepadanya.

“Hari ini (semalam) saya dipertemukan dengan adik Nurshazrina di kediamannya di Kota Warisan, Sepang.

“Nurshazrina adalah penghidap kanser dan pernah memberitahu bapanya mengenai impian untuk bertemu dengan saya,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, bapa Nurshazrina menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha Politik beliau dan merealisasikan impian dengan membuat lawatan mengejut ke kediamannya.

“Nurshazrina terkejut dan teruja melihat kehadiran saya dan sebelum pulang dia bersungguh-sungguh untuk bangun dan berjalan bersama saya.

“Saya bimbang mengenai keadaannya, namun dia tetap mahu menghantar saya ke kereta. Begitu kuat semangat adik Nurshazrina. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada adik Nurshazrina supaya dia dapat mencapai cita-citanya,” katanya.

Nurshazrina, anak kelima daripada lima beradik disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak Oktober tahun lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi itu sudah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Bapanya, Suryanto Suraidi, 46, kini tidak bekerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa, termasuk membawa Nurshazrina mendapatkan rawatan di hospital yang ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor, di samping bantuan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN