PLUS minta maklum balas pengguna - Utusan Malaysia

PLUS minta maklum balas pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta maklum balas bagi membantu pengguna lebuh raya menambah baik pengalamanan pelaksanaan sistem pembayaran transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menerusi laman rasmi Facebooknya, satu soal selidik dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menambaik perkhidmatan sistem teknologi yang dilaksanakan di Lebuh Raya Utara-Selatan itu.

“Kami mendengar keluhan anda dan ingin mendapatkan pandangan anda untuk mengenal pasti ketidaksempurnaan perkhidmatan kami. 

“Ia dapat membantu menambah baik perkhidmatan kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Maklum balas dan kerjasama anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu, hari ini. 

PLUS sebelum ini mengumumkan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 10 malam, Sabtu lepas. 

Sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID diperluas bagi menjanjikan satu perjalanan yang senang, selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya. 

Bagaimanapun, pergerakan ribuan kenderaan di beberapa Plaza Tol Lebuh Raya Utara-Selatan terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di kedua-dua hala apabila sistem teknologi RFID itu dipercayai tidak berfungsi dengan baik. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya