Pilihan raya kecil Dun Bugaya ditentukan dua minggu lagi - Utusan Malaysia

Pilihan raya kecil Dun Bugaya ditentukan dua minggu lagi

BUNG Moktar Radin (kanan) semasa sidang akhbar di Menara Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persoalan tentang tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya dijangka diketahui dalam masa dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri sudah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh tersebut.

Beliau berkata, pelaksanaan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya itu bergantung kepada laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan data harian Covid-19.

Pada masa ini, wabak Covid-19 masih berada dalam komuniti maka penularan jangkitan perlu diambil kira sebelum melaksanakan pilihan raya.

“Tapi saya yakin dalam seminggu dua ini, kita akan tahulah (tarikh),” katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah di Menara Kinabalu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan PRK Bugaya yang ditangguhkan sejak Januari tahun lepas susulan pengisytiharan darurat.

Kerusi DUN Bugaya kosong setelah penyandangnya, Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November 2020.

Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, cadangan mengenai pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan parti politik rasmi akan diteliti dan dibincangkan secara mendalam.

“Saya melihat GRS ini sama ada didaftar atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa impak kepada mana-mana pihak kerana GRS ini cuma platform mewujudkan sebuah kerajaan.

“Perkara ini akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin GRS iaitu tentang intipati dan penyelarasan yang perlu dibuat apabila gabungan itu didaftarkan.

“Walau bagaimanapun, kita belum mengadakan sebarang mesyuarat bagi mendengar apa cadangan-cadangan yang dikemukakan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, jentera UMNO Sabah sedia untuk turun membantu Barisan Nasional (BN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

“UMNO Pusat ada mengutus surat untuk meminta UMNO Sabah membantu dan kita akan mengadakan mesyuarat bagi membantu jentera-jentera parti dalam memastikan kemenangan BN di Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya