KEHANGATAN Tahun Baharu Cina yang disambut masyarakat Tionghua pada 1 dan 2 Feburari ini semakin terasa apabila tanglung mula digantung di rumah dan tokong termasuk di sekitar Klang, Selangor.
Seperti dilakukan seorang pereka grafik dan hiasan dalaman, Huang Hong Yew, dia memasang lampu hiasan itu sebagai persiapan akhir menjelang perayaan Tahun Baharu Cina di Tokong Kwan Imm, Jalan Simpang Lima, Klang.
Masyarakat Cina di negara ini kembali dapat menyambut Tahun Baharu Cina seperti sedia kala termasuk merentas negeri untuk berkumpul dan makan besar bersama keluarga, namun masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Ekoran itu, kemeriahan sambutan pada tahun ini dapat dirasakan apabila banyak kedai menjual barangan perhiasan bagi sambutan perayaan berkenaan. – UTUSAN ONLINE