fbpx

22 Mei 2022, 3:09 pm

  TERKINI

Perayaan: Kes covid-19 dijangka meningkat – KJ 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini dijangka kembali meningkat menjelang sambutan perayaan utama sekiranya orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam, esok dan Tahun Baharu Cina yang disambut awal bulan depan. 

Beliau berkata, meskipun rakyat Malaysia dilihat berjaya memastikan penularan Covid-19 kekal terkawal selepas sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022, beliau mengingatkan orang ramai kekal mematuhi SOP khususnya pemakaian pelitup muka dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal.

“Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu meskipun berdepan Omicron.

“Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

“Jadi, sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera), aktifkan MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak,” tulisnya menerusi Twitter, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI