Penunggang P-hailing antara disaman sekitar Gombak - Utusan Malaysia

Penunggang P-hailing antara disaman sekitar Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengeluarkan sebanyak 157 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Utama P Hailing di dua lokasi sekitar Gombak dekat sini, hari ini.

Operasi dijalankan di Kilometer 14 Jalan Selayang-Kuala Lumpur dan Bypass Jalan Selayang-Kepong oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. 

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintenden Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, operasi itu dibuat ekoran pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai mengenai penunggang motosikal terutama penunggang e-hailing yang melanggar lampu isyarat di lokasi terbabit.

Menurut beliau, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 2,800 kenderaan.

“Sebanyak 157 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai jenis kesalahan trafik. 

“Selain itu, kita turut menyita dua motosikal ditunggang warga asing manakala dua lelaki berusia 40-an ditahan kerana memiliki dadah,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Bakri berkata, pihaknya menjalankan 1,669 operasi motosikal sepanjang tahun lalu dan mengeluarkan sebanyak 840,733 saman atas pelbagai kesalahan.

Katanya, daripada jumlah itu, 28,649 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan langgar lampu isyarat dan kebanyakan penunggang e-hailing memberi alasan mahu mengejar lebih banyak perjalanan untuk mendapatkan komisen.

“Melihat kepada statistik, penunggang motosikal adalah penyumbang tertinggi kemalangan di seluruh negara iaitu 67 peratus dengan 3,118 kematian.

“Justeru, kita mahu menekankan pelaksanaan operasi secara agresif yang memberi fokus kepada penunggang motosikal dalam usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya