Pemilik kucing berak rumah jiran boleh didenda - Utusan Malaysia

Pemilik kucing berak rumah jiran boleh didenda

JIRAN berhak melaporkan kepada PBT jika berasakan haiwan yang dibela jirannya mengganggu ketenteraman. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab dengan mengganggu jiran termasuk membuang air besar boleh didenda RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurut hantaran Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), perbuatan itu boleh dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu’.

Hantaran tersebut memperincikan akta-akta yang menetapkan kesalahan bagi pemilik kucing terlibat.

“Dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut, sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi. 

“Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” kata hantaran tersebut.

Jelas hantaran itu lagi, seseorang jiran berhak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman dengan hukuman denda yang dikenakan boleh sehingga RM1,000. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya