Pemandu kereta tular pandu lawan arah, potong barisan disaman - Utusan Malaysia

Pemandu kereta tular pandu lawan arah, potong barisan disaman

TANGKAP layar Facebook yang memaparkan tindakan pemandu kereta Proton Waja yang melakukan kesalahan lalu lintas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan seorang pemandu kereta Proton Waja yang tular di media sosial Facebook kerana melakukan kesalahan lalu lintas termasuk memandu melawan arah di Persimpangan Tol Senawang di sini semalam memakan diri selepas dia disaman pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10 malam semalam telah terkesan satu pautan di media sosial Facebook memaparkan tindakan pemandu kereta Waja berwarna emas yang dipercayai melakukan kesalahan mengabai isyarat lalu lintas dan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

“Pada pukul 11.30 malam, Unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah berjaya mengesan pemandu kereta berusia 29 tahun tersebut.

“Dia telah dipanggil untuk hadir ke IPD Seremban dan hasil siasatan lelaki itu mengaku melakukan kesalahan seperti yang dinyatakan di dalam pautan dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) kerana memotong di garisan berkembar dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengabai isyarat lalu lintas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.