Dalam hidup wanita moden, ada tiga perkara yang harus diraikan iaitu bentuk badan, sahabat dan pakaian.
Minggu ini, saya kongsikan gaya percutian di pantai dan atas kapal, koleksi terbaharu Mis Claire x Scha Alyahya.
Koleksi ini bukan sahaja merentasi saiz S hingga 7XL, tetapi juga sempadan fesyen yang terlalu lama mengabaikan wanita bertubuh gempal.
Setiap helaian dalam koleksi ini memberi ruang kepada wanita untuk bersinar dan rasa ‘cukup’ tanpa kompromi.
Antara kegemaran saya ialah textured knit co-ord yang effortless chic. Memakainya, ibarat berada di pentas pertunjukan resort wear Paris, tetapi sebenarnya anda baru bangun dari lena di hammock.
Bagi yang sukakan gaya ‘separuh bergaya, separuh berangin laut’, padankan tantri high neck ribbed top black dengan martha knit A-line skirt orange.
Gabungan hitam dan jingga ini ada tenaga boss lady meets beach goddess.

Tambahkan topi lebar dan kaca mata besar, pasti menambahkan vibe pempengaruh.
Jika mahukan rona nautikal, cuba aisa panel stripe sleeves shirt rona biru dengan seluar putih longgar dan sandal platfom.
Paling mencuri hati saya ialah mimi stripe bib collar blouse rona hijau. Manis, berstruktur dan statement. Dipadankan pula dengan seluar linen krim dan tote rotan. Walaupun bercuti, tetapi tetap menampilkan gaya CEO.
Kita hidup dalam dunia yang sering memaksa wanita untuk menjadi ‘kecil’ secara fizikal, suara dan kehadiran.
Tetapi koleksi ini dan momen bercuti bersama sahabat perempuan memahami, membuktikan yang anda berhak hadir dengan gaya tersendiri.
Anda boleh menjadi relaks, tapi kuat. Lembut, tapi berani. Besar, tapi bergaya.
Kalau anda merancang percutian pantai dengan sahabat baik, koleksi Mis Claire adalah pilihan yang tepat.
Jenama ini membuka laluan kepada mana-mana wanita tanpa mengira saiz badan untuk belayar dengan bangga.










