Pejuang lemah, tiada pencapaian politik - Utusan Malaysia

Pejuang lemah, tiada pencapaian politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) disifatkan sebagai parti yang lemah tanpa ada sebarang pencapaian politik.

Justeru Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berhak langsung mencampuri soal kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Malah Naib Ketua Angkatan Muda Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, karier politik Mukhriz juga jelas menunjukkan kegagalan untuk memimpin.

“Mukhriz sendiri ditolak dan dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali dan ini adalah cerminan kegagalan dan ketidakupayaan beliau untuk memimpin.

”Sebagai seorang pemimpin yang sangat lemah dan gagal, beliau tidak layak langsung berbicara soal kepimpinan parti lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Mukhriz mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri kerana masanya sudah berlalu.

Dalam pada itu, Syed Badli Shah turut menyifatkan  Parti Pejuang tidak mempunyai masa depan gemilang sekiranya Mukhriz terus menerajui parti tersebut.

Jelasnya, adalah lebih baik Mukhriz membubarkan sahaja Parti Pejuang dan bersara dari arena politik tanah air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya