Pastikan kejayaan siapkan semua projek pembangunan - Utusan Malaysia

Pastikan kejayaan siapkan semua projek pembangunan

DOUGLAS Uggah (dua dari kanan) menyerahkan nota tugasan kepada Julaihi Narawi. Turut kelihatan Mejang Renggi dan Aidel Lariwoo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan negeri perlu bekerjasama sebagai satu pasukan yang padu bagi memastikan kejayaan menyiapkan semua projek pembangunan.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, ini amat penting untuk membantu negeri ini mencapai wawasan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata demikian pada majlis simbolik menerima/penyerahan nota tugas menteri dan menteri muda kementerian berkenaan di sini hari ini.

Pada majlis itu Uggah menyampaikan nota rasmi kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang baharu, Datuk Julaihi Narawi yang merupakan bekas Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Uggah turut menyampaikan nota tugas kepada Pembantu Menterinya, Datu Mejang Renggi dan Ir. Aidel Lariwoo.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak mengingatkan pegawai agensi kementerian itu bahawa rakyat serta kerajaan menaruh harapan tinggi kepada kementerian dalam melaksanakan dengan jayanya semua projek yang telah diluluskan.

“Rakyat telah memberikan sokongan yang sangat kuat kepada kita (Gabungan Parti Sarawak) dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, jadi mereka pasti mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk kerajaan menunaikan semua janji pilihan rayanya.

“Kerajaan juga mempunyai harapan tinggi yang sama. Apabila kita boleh menggunakan sepenuhnya semua peruntukan yang diberikan, kita juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita,” kata beliau.

Jelasnya, jika itu boleh dilakukan maka rakyat akan mendapat manfaat melalui kesan berganda, sebaliknya jika peruntukan tidak dibelanjakan atau projek tertangguh, negeri ini tidak boleh mencapai objektif pertumbuhan ekonominya.

Menurut Uggah, Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyatakan harapan bahawa Sarawak boleh mencatatkan pertumbuhan lapan peratus setiap tahun selepas 2030.

Mengenai kerja berpasukan, Uggah menjelaskan ia bermakna semua pihak harus memberi idea pada mesyuarat, berbincang dan membuat keputusan bersama.

Namun, katanya apa sahaja keputusan yang dibuat, ia mesti dilaksanakan dan diselesaikan mengikut jadual, dan menambah ia adalah yang paling penting dan cabaran yang sangat besar.

“Kerajaan Pusat dan negeri memperuntukkan sejumlah RM48 bilion untuk pelbagai projek infrastruktur di negeri ini, justeru adalah sangat penting ia dilaksanakan dengan cekap dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Dalam isu lain, Uggah berkata, Ketua Menteri juga mahu Pejabat Kewangan Negeri mencari mekanisme terbaik untuk sistem tender dalam melantik kontraktor.

Katanya, kerajaan mahukan kontraktor yang boleh menyampaikan dengan baik dan mengikut jadual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya