Pas gerakkan 15,000 jentera untuk PRN Johor - Utusan Malaysia

Pas gerakkan 15,000 jentera untuk PRN Johor

ABDULLAH HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 15,000 jentera Pas akan digerakkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka diadakan sekitar Mac selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, jentera itu melibatkan ahli daripada Pas Johor sendiri dan juga jentera tambahan daripada pusat dan negeri-negeri lain.

Menurut beliau, jumlah itu akan melibatkan kesemua peringkat daripada pemimpin atasan sehinggalah ke akar umbi.

“Bagi berdepan dengan PRN Johor ini, setiap kawasan akan melibatkan seramai kira-kira 500 jentera, ini bermakna Pas Johor akan menggerakkan seramai 13,000 jenteranya bagi kesemua 26 kawasan atau bahagian di Johor.

“Sementara itu, PaS Pusat dan juga negeri-negeri lain akan turut menghantar jentera mereka seramai kira-kira 1,500 orang untuk membantu kempen di negeri ini.

“Jadi, untuk PRN Johor kali ini, dianggarkan seramai 15,000 jentera akan turun berkempen bagi memastikan kemenangan calon-calon kami,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Pas Johor, di sini.

Tambah beliau, jumlah itu adalah lebih besar berbanding jumlah jentera yang digerakkan parti itu dalam menghadapi PRN Melaka tahun lalu.

Abdullah turut memberitahu, jenteranya telah dipersiapkan sejurus selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan kini diperhebatkan kembali selepas pengumuman pembubaran DUN Johor.

Sementara itu, Abdullah berkata, pihaknya sudah mempertanggungjawab tugas mendekati golongan pengundi muda kepada sayap parti iaitu Dewan Pemuda Pas Johor.

“Memandangkan ini merupakan kali pertama individu berusia 18 hingga 20 tahun dibenarkan untuk mengundi, jadi kita telah merangka strategi untuk mendekati golongan berkenaan.

“Selain menggerakkan Jabatan Amal Malaysia (JAM), kita juga ada beberapa institusi lain yang akan turut berkempen melalui platform media sosial,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya