OKT maut dalam lokap akibat paru-paru berair - Utusan Malaysia

OKT maut dalam lokap akibat paru-paru berair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan kematian orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, laporan bedah siasat mayat mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, semalam mendapati kematian berpunca daripada paru-paru berair.

Justeru itu, kata beliau, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dikesan.

“Bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, JIPS dilaporkan menerima maklumat kematian lelaki berusia 37 tahun itu pada pukul 4.35 petang.

Mangsa ditahan dan direman empat hari hingga esok mengikut Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN